KUALA LUMPUR, 4 Mac 2026 – Kumpulan Pelaburan MARA hari ini telah menyampaikan sumbangan korporat dan zakat perniagaan merangkumi pelbagai inisiatif kebajikan dengan nilai keseluruhan berjumlah lebih RM56,000.00 kepada tiga institusi sempena Majlis Iftar 2026 Kumpulan Pelaburan MARA di Menara Kuala Lumpur siang tadi.

Serahan sumbangan korporat dan zakat perniagaan berkenaan disampaikan oleh Pengerusi Kumpulan Pelaburan MARA, Dato’ Mohamad Razali Mohamad Rahim.

Anak syarikat Pelaburan MARA iaitu PMB Tijari Berhad (PMB Tijari) telah menyumbangkan zakat perniagaan bernilai RM30,000.00 kepada Maktab Sains MARA (MRSM) Ulul Albab. Sumbangan disampaikan kepada Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA), Dato’ Zulfikri Osman.

Manakala sumbangan zakat perniagaan bernilai RM3,000.00 disampaikan kepada Timbalan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), Tuan Haji Miswan Samori.

Dalam pada itu, tajaan zakat perniagaan untuk iftar dan duit raya anak asnaf di bawah Pertubuhan Kebajikan Asnaf Al Barakh Malaysia berjumlah lebih RM13,000.00 pula disumbangkan oleh PMB Tijari, PMB Analytics Sdn Bhd (PMB Analytics) serta kelab sukan dan kebajikan PMB United.

Selain itu, Pelaburan MARA Berhad (Pelaburan MARA) bersama-sama empat anak syarikat lain iaitu PMB Investment Berhad (PMB Investment), PMB Tijari, PMB Analytics dan PMB Sustainable Sdn Bhd (PMB Sustainable) turut menyumbangkan sumbangan korporat berjumlah RM10,000.00 kepada organisasi yang sama. Sumbangan telah diserahkan kepada Biro Dana Kebajikannya, Encik Muhammad Shah Hazdan Abdul Aziz, bagi menyokong keperluan operasi dan penyelenggaraan organisasi tersebut.

Hadir sama ke majlis ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pelaburan MARA, Encik Mahdzir Othman, Pengurusan MARA, Ahli Lembaga Pengarah serta kakitangan Kumpulan Pelaburan MARA.

Menurut Dato’ Razali, majlis Iftar pada hari ini antara pengisian program yang dirancang sempena meraikan Ulang Tahun ke-60 MARA pada 1 Mac lalu. “Sememangnya angka 60 ini bukan sekadar nombor, tetapi ia melambangkan komitmen berterusan MARA dalam menerajui bidang keusahawanan, pendidikan dan pelaburan untuk penguasaan ekuiti Bumiputera selama 6 dekad. Atas tujuan sama, Kumpulan Pelaburan MARA akan berterusan menyokong agenda dan aspirasi MARA untuk mengangkat martabat bangsa dan negara’’.

Tambahnya, kumpulan Pelaburan MARA juga sentiasa komited dan cakna dalam melaksanakan inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikat berkenaan. Hal ini termasuk membantu dalam memfokuskan kepada pembangunan keharmonian komuniti, memperkasakan ilmu pengetahuan serta usaha memelihara dan memulihara alam sekitar.

“Sebagai syarikat korporat di bawah naungan MARA Corporation, Kumpulan Pelaburan MARA juga komited dalam membantu agensi-agensi kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dalam sebarang aktiviti yang boleh dilaksanakan untuk mencapai objektif bersama’’, Ujar Dato’ Razali.

 
Untuk maklumat lanjut mengenai Kumpulan Pelaburan MARA, sila layari www.pelaburanmara.com.my.

- TAMAT –

Rujukan jumlah sumbangan:
 
No. Jenis Sumbangan Jumlah (RM) Penerima Syarikat
1. Zakat Perniagaan 30,000.00 MRSM Ulul Albab PMB Tijari
2. Zakat Perniagaan 3,000.00 PERKIM PMB Tijari
3. Zakat Perniagaan (Tajaan Iftar & Duit Raya) 13,000.00 Anak Asnaf PMB Tijari, PMB Analytics & Kelab Sukan dan Kebajikan PMB United
4. Sumbangan Korporat 10,000.00 Pertubuhan Kebajikan Asnaf Al Barakh Malaysia Pelaburan MARA, PMB Investment, PMB Tijari, PMB Sustainable & PMB Analytics
JUMLAH KESELURUHAN 56,000.00

Info Korporat:

Pelaburan MARA Berhad (Pelaburan MARA) ialah sebuah kumpulan perkhidmatan kewangan dan syarikat pengurusan aset milik penuh MARA Corporation Sdn. Bhd. yang ditubuhkan pada 24 Jun 1967. Pelaburan MARA memberi tumpuan kepada pelaburan, pengurusan aset, pembiayaan, khidmat nasihat korporat serta perkhidmatan data pelaburan.

Syarikat-syarikat di bawah Kumpulan Pelaburan MARA termasuk PMB Investment Berhad, PMB Tijari Berhad, PMB Analytics Sdn. Bhd., PMB Assets Sdn. Bhd. dan PMB Sustainable Sdn. Bhd.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
TAHA RUSYDI MOHD NAZRI
Ketua, Komunikasi Strategik
Pelaburan MARA Berhad

Tingkat 2, Wisma PMB, No 1A Jalan Lumut
50400 Kuala Lumpur

T: 03-4145 3830
F: 03-4145 3801
M: 012-2737 685
taha.rusydi@pelaburanmara.com.my

Menu